Wednesday, January 30, 2013

Khasiat dan kegunaan (ramuan tambahan dlm sabun vitamin)

Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit.

Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya namun ia tetap bertoksid.

Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea. Ia juga banyak digunakan sebagai bahan antiseptik dan antikulat yang diadunkan dalam persediaan meditasi bersama bahan ubatan herba, deodoran, syampu, sabun dan losen badan.


No comments:

Post a Comment

nak tanya???...taip jelaaaa...sila2 wat cm page sniri okee..